New Collection - Adorable by Arlene

Memperkenalkan koleksi terbaru Arlene, ADORABLE. Terdapat 5 jenis rekaan yang diberi nama Ariana, Amani, Arissa, Amanda dan Adela

ARIANA in Pink - digayakan oleh Fatin Liyana.  
Ariana merupakan Gaun Labuh, yang menggunakan fabrik 'Chiffon' berkualiti  tinggi dan berpelapik penuh (full lining). Berbentuk kembang (flare) dibahagian bawah  dengan rekaan lipatan (pleated) dibahagian pinggang. Berleher bulat dan berlengan panjang yang mempunyai getah (bercerut) dibahagian hujung lengan.

Fabrik 'Chiffon' yang bersifat sedia mewah, menjadikan gaun ini 'elegan' walaupun dibiar polos tanpa hiasan manik. Walaubagaimanapun, untuk penggemar manik labuci, aksesoris boleh disemat dibaju. Rekaan yang ringkas (simple) tetapi mewah ini, sesuai digayakan oleh pelbagai peringkat umur, disemua majlis termasuk majlis formal dan perayaan. 

ARIANA - terdapat 4 warna - PINK, RED, BLUE, BROWN.
Hanya satu saiz, muat untuk XS-S